Sejarah trigonometri

Sejarah
Kegunaan
Fungsi
Fungsi songsang
Bacaan lanjut
Senarai identiti
Pemalar tepat
Menghasilkan jadual trigonometriHukum sinus
Hukum kosinus
Hukum tangen
Teorem PythagorasPenggantian trigonometri
Kamiran fungsi
Pembezaan fungsi
Kamiran songsang
Kajian awal segi tiga boleh dikesan ke milenium ke-2 SM, dalam matematik Mesir (Papirus Matematik Rhind) dan matematik Babylon. Trigonometri juga tersebar luas dalam matematik Kush.[1]Kajian sistematik fungsi trigonometri bermula dalam matematik Yunani, sampai ke India sebagai sebahagian daripada astronomi Yunani.[2] Dalam astronomi India, kajian fungsi trigonometri berkembang pada zaman Gupta, terutamanya disebabkan Aryabhata (abad keenam Masihi), yang menemui fungsi sinus. Semasa Zaman Pertengahan, kajian trigonometri diteruskan dalam matematik Islam, oleh ahli matematik seperti Al-Khawarizmi dan Abu al-Wafa. Ia menjadi disiplin bebas di dunia Islam, di mana semua enam fungsi trigonometri dikenali. Terjemahan teks bahasa Arab dan Yunani membawa kepada trigonometri diguna pakai sebagai mata pelajaran di Barat Lating bermula pada Renaissance dengan Regiomontanus. Perkembangan trigonometri moden beralih semasa Zaman Pencerahan barat, bermula dengan matematik abad ke-17 (Isaac Newton dan James Stirling) dan mencapai bentuk modennya dengan Leonhard Euler (1748).